Monday, April 22, 2019
Sunday, April 21, 2019
SEKITAR SAMBUTAN
Dato' Seri Dr Wan Azizah menyempurnakan gimik perasmian Sambutan 50 Tahun Jubli Emas Politeknik Malaysia di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, hari ini. |
Politeknik Malaysia mencatat sejarah apabila menyambut jubli emas sempena 50 tahun penubuhannya. YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata politeknik telah berjaya melahirkan ramai tokoh ternama.
"Politeknik merupakan ejen perubahan yang signifikan untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara. Dengan terbinanya 36 buah politeknik di negara ini, saya dapat melihat kejayaan besar sepanjang 50 tahun penubuhannya dalam bersama-sama membangunkan negara." ujarnya semasa berucap menyempurnakan Majlis Sambutan 50 Tahun Jubli Emas Politeknik Malaysia di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak hari ini.
Turut hadir, YB Timbalan Menteri Pendidikan, Puan Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato' Dr Mohd Gazali Abas dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) YBhg. Prof. Dato' Ts Dr Dr. Mohd Ismail Abd Aziz.
Dalam pada itu, YB Puan Teo berkata politeknik dan kolej komuniti telah melahirkan lebih 500,000 graduan dan lebih 100,000 pelajar sepenuh masa yang berdaftar dalam sistem pada satu-satu masa.
"Ini menunjukkan masyarakat khususnya ibu bapa percaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dapat menyediakan pelajar yang kerjaya yang memerlukan kepakaran dan kemahiran tertentu." ujarnya pada majlis yang sama. Kini terdapat 36 buah politeknik dan 102 buah kolej komuniti di seluruh negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)